Ialah satu proses supercharging dimana turbocharger telah digunakan sebagai alat bantuan untuk menambahkan kemasukan udara ke selinder enjin. Fungsi utama turbocharger ialah menambahkan bekalan udara dengan memampatkannya supaya lebih banyak udara dapat mengisi ruang selinder pada setiap intake stroke.
Selain itu, tugas sampingan sesebuah turbocharger adalah seperti berikut :
I. Menolak gas – gas kotor dari combustion chamber untuk membersihkan kekotoran di atas piston crown, cylinder liners, cylinder head dan exhaust manifold.
II. Merendahkan suhu di bahagian atas piston crown, cylinder liners, cylinder head dan saluran exhaust manifold.
III. Mengisi ruang combustion chamber dengan udara bersih yang
banyak untuk proses mampatan supaya udara yang panas tadi dapat membakar bahanapi dengan sempurna.
BINAAN ASAS
Secara asasnya marin turbocharger dibina berdasarkan tiga (3) bahagian utama iaitu :
I. Centre bearing housing
II. Compressor wheel turbine housing
III. Exhaust wheel turbine housing
Centre bearing housing mengandungi 2 plain bearing iaitu :
I. Roller bearing (exhaust side)
II. Thrust bearing (compressor side)
KOMPONEN – KOMPONEN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFkDkwJUwAoB6bN78QyUNgVAbvNsmKqv4tWt3t2jjBgV59DR0h87SQhlYRx8sDApuY4DgLED8GjG-jPJSa7BqU2CYjxjRS5zCBUGNhUyNOocYELwytRw0mG44qtMOPtRhUiWEx_ik4pF0A/s320/TURBO.bmp)
a. Compressor wheel
Untuk memampatkan serta meningkatkan kelajuan udara supaya ia dapat memberi
tenaga kelajuan (kinetic energy ) kepada udara tersebut. Udara yang dimampatkan
itu akan keluar dengan laju melalui diffuser dengan tekanan yang lebih tinggi.
b. Turbine wheel
Dipasang pada common shaft (bersambung secara terus dengan compressor wheel) dan
berpusing didalam turbine housing. Kebiasaannya didalam turbocharger, ia dipandu
oleh exhaust gas.
c. Common shaft /Rotor shaft
Merupakan shaft untuk pemasangan compressor wheel dan Turbine wheel. Ia disokong
oleh thrust bearing dan roller bearing. Labyrinth juga dipasangkan dan sesetengah
turbocharger dipasangkan pam minyak pelincir ( gear lub. oil pump ) dikedua – dua
hujung shaft.
d. Thrust Bearing
Untuk menyokong (to support) rotor shaft terutamanya di bahagian compressor wheel.
e. Labyrinth Seals
Untuk menahan kebocoran exhaust gas ke dalam minyak pelincir di bahagian turbine- side serta menahan minyak pelincir daripada disedut masuk oleh induser ke dalam
blower casing melalui labyrinth yang bocor.
f. Air Filter
Untuk menapis udara luar sebelum masuk ke dalam compressor housing.
g. Inducer
Untuk menyedut udara dari air filter dan dimampatkan oleh compressor wheel.
h. Diffuser
Alat yang menukarkan tenaga kelajuan ( kinetic energy ) kepada tenaga tekanan
(pressure energy ) iaitu digunakan untuk menyerap atau mengurangkan tekanan yang
dihasilkan oleh compressor.
i. Drain plug
Untuk membuang kekotoran dari turbine atau compressor casing.
k. Roller Bearing
Untuk menyokong rotor shaft di bahagian turbine rotor.
SISTEM TURBOCHARGER
Berdasarkan kaedah supercharging, sistem turbocharger boleh dikelaskan kepada dua (2) jenis yang dinamakan Dynamic system dan Static system.
I. Dynamic System
Didalam Dynamic System, turbine pada turbocharger dipandu oleh ekzos gas yang keluar daripada setiap selinder enjin. Paip ekzos diantara cylinder outlet dan turbine inlet mestilah pendek untuk menghalang daripada kehilangan kuasa ekzos (exhaust energy loss) bagi sistem ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCkLXbFpVlPurXanDd8UJAvqDHWzzjqEfgHU6nxUAaSnA3dU4zBQEMEgesDjRCR7Y89Z20ggBJWQ0kMUTAHoFnByFJ-n6L5cFjoPNvgDfr407hifcACCHwbIRHnHE-3HiWrW30Esc5b91n/s320/GRAF+2.bmp)
II. Static System
Didalam Static system, ekzos gas dari setiap selinder dikumpulkan didalam exhaust manifold. Ini membolehkan ‚turbine efficiency sistem ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan dynamic system. Kebanyakan two stroke engine menggunakan sistem ini. Kebiasaannya auxiliary blower digunakan didalam sistem ini untuk membantu memandu turbocharger terutamanya semasa enjin baru dihidupkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjviepYo1gag32UPJI9VJmcFt5veQ1S9O0FZhx3WmY6XLlhpbcP3NcZk8JrHcJElvzs2_CWhCUEsEs63lcXWOiGXgc5fWGhGTDF2f2yO5nM5l7TUeSD8AUhMY4bPJuXhYPLR6itaNriKwwO/s320/TURBO+GRAF.bmp)
No comments:
Post a Comment