1. Menghidupkan jentera utama dan janakuasa.
2. Membuka dan menutup injap (terdapat pada kapal besar).
3. Untuk kegunaan sistem penyamanan udara.
4. Untuk kegunaan harian di dalam bengkel.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcsXouWaPgVwTZIIfbWI7yMIIu8LSWIsZpPL158DQJnSjFd2R5FE-Hjx2MJp5fESPJFwtRtO5UBEyWJXRuhsHUyo8ky0OCi67gf-YSvhAI-J_bB28dRGGbzZ_JDuJ3f8AITLz7yTHVN4t4/s200/aircompressor.bmp)
Gambarajah 1 – Pemampat udara marin (marine air compressor)
Jenis – jenis pemampat udara yang sering digunakan di atas kapal adalah seperti : -
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPrAbG8WSDNzc3-lbpxqBgv_x8fiHy-sIBtnPp9Sb58dxDqJJjqdsq-iSlKpU5PXBwpQXf4LsOmox2rF7MsPzNdUNcbV9tpPbJ-9cjmCJ7bRcsVCFUsFagHvdxc5k8B6dXBhebBfuzpzp9/s200/graf+1.bmp)
Gambarajah 2 – Single Stage Air compressor
Perjalanan Air Compressor jenis ini samalah seperti dengan ‘multi stage’ cuma perbezaan ialah lebih piston pada ‘multi stage air compressor’. ‘Single stage air compressor’ biasanya mempunyai satu piston dan setiap perjalanan piston ke TDC ianya memapat udara yang masuk ke dalam silinder.
Perjalanan piston dari TDC ke BDC telah meyedut udara dari luar melalui injap masuk dan apabila piston bergerak ke atas ia akan memampat udara itu tadi lantas membuka ‘injap keluar´. Udara yang telah dimampatkan akan melalui saluran paip menuju ke balang simpanan. Pemampat udara ini adalah jenis LP Pemampat Udara.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFnGXg-slriwejGMVGhXt2hjq1e8jFJrkD7shUSAQEsYLLx6DQXgqY5443iOiWX1LEWwowNKDdq9pcJlDwfBI2-LFnNcJCDHzKbr6I_Jv7Dl1WAaRz7aB3fhB9m6btT8wXHXaN6YFBaIgc/s200/graf+2.bmp)
Gambarajah 3 – Multi Stage Air Compressor
Pemampat udara jenis ini punyai dua atau lebih piston dan daya mampatan lebih kuat dari ‘Single stage air compressor’. Udara yang masuk ke dalam cylinder pertama akan dimampatkan dan udara ini akan masuk ke cylinder kedua di mana akan dimampatkan lagi dan seterusnya bergantung berapa piston yang ada. Sebelum udara ini masuk dari satu cylinder ke cylinder yang lain ianya terlebih dahulu disejukkan oleh ‘air cooler’. Pemampat udara ini adalah jenis HP air compressor.
Peralatan utama pada pemampat udara
Pemampat (compressor): Menempatkan udara yang disedut masuk dan dihantar ke balang.
Penyejuk (cooler): Menyejukan udara yang dimampatkan kerana haba tinggi.
Dua unsur penyejukan adalah air dan angin.
Injab sehala (non return valve): Menghalang udara yang dihantar ke balang
kembali masuk ke pemampat.
Pemisah air (water saperator): Memisahkan air dan udara mampat yang terhasil dari proses penyejukkan.
Pengering (drier): Mengeringkan udara selepas pemisah air untuk memastikan udara mampat yang kering sahaja disimpan di dalam baling.
Injap keselamatan (safety valve): Memastikan had kandungan udara mampat di dalam balang di tahap maksima yang dibenarkan sahaja. (40 bar).
Injap (stop valve): Menghalang udara mampat keluar dari balang atau sistem.
Perendah tekanan (air reducer): Merendahkan tekanan angin dari tinggi ke rendah untuk kegunaan am. (cth dari 40 bar ke 7 bar)
Beberapa alat keselamatan di pasang pada sistem pemampat udara untuk menghalang kerosakkan yang besar belaku
Injap keselamatan (safety valve): Menghadkan kandungan udara mampat di dalam balang dari melepasi had maksima yang ditetapkan.
Pelantik pemutus (cut off switch): Memutuskan litar apabila udara mampat yang disimpan di dalam balang mencapai had maksima yang dibenarkan.
Pelantik hidup (cut in switch): Menghidupkan litar apabila had udara mampat di dalam balang menurun diparas minima yang dibenarkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZTsu9dPXp-k4FIrG4AUJbw6tNNVghqeLwYGf2EhNDx-IMR53QJPGl7xKbSK9mrym-ogAaCaHa6TYKfMbYWB3mmJjB4sgtfwOeg4aZEEwETvjKEkqiIUHZVqBxbPz-yyBkLD-0hsNZMtOf/s200/graf+3.bmp)
Gambarajah 4 – Struktur binaan asas pemampat udara marin
Binaan asas pemampat udara
1. Jenis piston iaitu jenis reciprocating compresor, binaan pemampat ini mudah dimana terdapat tiub atau cylinder yang tertutup pada satu hujungnya serta piston atau plunger yang boleh bergerak di dalam cylinder tersebut
2. Pergerakan piston dilakukan oleh motor atau enjin yang disambungkan terus secara mekanikal ke crankshaft ditukar kepergerakan pusingan crankshaft turun naik oleh connecting rod yang disambungkan dengan piston pada hujungnya melalui gudgeon pin.
3. Piston dipasang dengan satu atau lebih piston ring yang mengembang ke dinding cylinder untuk mengelakan udara keluar melalui celah-celah antara piston dan cylinder
4. Di hujung cylinder dipasang juga dengan dua valve untuk membolehkan udara keluar dan masuk ke cylinder. terdapat pelbagai bentuk dan jenis valve tetapi setiap valve tersebut berfungsi sebagai check valve dimana hanya membenarkan udara bergerak pada satu arah sahaja.
No comments:
Post a Comment